FIKRI HAKIM
nama->Fikri Hakim Bin Abdul Manap
asal->Selangor
umur->21
blajar->PTPL shah alam
Hobi->Tngkap gambar
tinggal->Saujana Utama,Sungai Buloh.
warna kgemaran->Hitam
4HM4D $H0F!
nama sbnr=>Ahmad shofi Bin Mohd Noor
asal=>P.Pinang
umur=>20
Blajar=>PTPL(Diploma Teknologi Multimedia)
Hobi=>Melayari internet
tinggal=>Shah Alam sec 13
T34M NIGHT CRAWLER
Blog yang di hasilkan adalah mengenai satu kumpulan yang baru di tubuhkan. Kumpulan ini di namakan Night Crawler. Tujuan di wujudkan adalah untuk merapatkan silaturahim sesame ahli kumpulan. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti riadah. Antaranya bercuti, memancing, jalan-jalan cari makan, dan pelbagai aktiviti lain yang sedang dalam perancangan. Aktiviti lain yang di jalankan antaranya adalah belajar secara berkumpulan dan melakukan tugasan secara kerjasama. Pada peringkat awal hanya dianggotai oleh beberapa pelajar kolej PTPL. Kini kumpulan ini akan di perkenalkan kepada umum melalui blog yang telah dihasilkan. Melalui blog ini di harapkan lebih ramai pelajar yang ingin berkongsi pengalaman-pengalaman menarik dengan menyertai Night Crawler yang beralamat
http://h0h088-double8.blogspot.com/.
Genting~19nov2008
Antara aktiviti pertama yang kami jalankan ialah menaiki Genting Highland! seramai 10 orang ahli Night Crawler yang menyertai aktiviti ini dengan menaiki 4 buah kereta! Antara aktiviti yang di lakukan ialah 'test kereta' dan jalan-jalan cari makan!
11 Januari 2009
Mandi-mande di hutan Lentang! Antara aktiviti yang kami lakukan ialah memancing dan bbq!
9 orang yang menyertai kami pergi ke sana! sangat seronok dan puas setelah tension dengan assignment yang berlambak2! haha
kekejaman ISRAEL!
DUNIA hanya mampu melihat dan tidak berbuat apa-apa ketika regim Israel membuli rakyat Palestin. Sejak beberapa hari yang lalu sudah lebih 500 rakyat Palestin mati di tangan regim Israel.
Kita katakan regim Israel sebagai pembuli kerana perbezaan kekuatan antara kerajaan Palestin dengan regim Israel adalah umpama langit dengan bumi. Regim Israel yang mempunyai bekalan senjata paling canggih dalam dunia, berlawan dengan Palestin yang disekat dari memiliki senjata.
Tidakkah mereka berasa malu membunuh orang-orang yang tidak memiliki senjata kecuali batu-batu untuk dibaling?
Apakah dosa orang-orang Palestin ini sehinggakan diperlakukan sedemikian rupa, sedangkan tanah air mereka sendiri telah dirampas oleh regim Israel dengan sokongan kuasa Barat.
Sudahlah tanah air mereka dirampas, apakah bangsa mereka juga pun hendak dihapuskan dari muka bumi ini.
Dalam Perang Dunia Dunia kedua dulu orang-orang Israel pernah mengalami penindasan dan penyiksaan oleh pemimpin dictator Hitler. Berjuta-juta orang Yahudi dibunuh secara kejam oleh tentera Hitler. Ketika itu mereka berada dalam ketakutan dan tidak ada kemampuan untuk melawan kekuasaan Hitler yang mempunyai kekuatan perang yang sangat digeruni itu.
Apakah penyiksaan dan kekejaman yang pernah dialami oleh bangsa Israel ini tidak membuatkan mereka berasa insaf. Sebaliknya sekarang mereka telah membuli rakyat Palestin sepertimana mereka pernah dibuli oleh regim Hitler.
Kalau bangsa Israel tidak dapat menerima kekejaman yang telah dilakukan oleh regim Hitler kepada mereka, sepatutnya mereka juga tidak boleh menerima untuk melakukan kekejaman kepada bangsa-bangsa lain, termasuklah juga Palestin.
Belajarlah dari sejarah. Tidak ada dalam sejarah kekejaman yang tidak akan berakhir. Kekejaman Hitler tidak kekal lama, kekejaman tentera Jepun berakhir dengan ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, kekejaman dan kezaliman Firaun berakhir dengan tenggelam didasar laut Merah.
Tidak terkecuali, pasti perbuatan kejam